boleh tak saya nak cipta tangga sampai hujung langit?
supaya saya dapat capai satu bintang yg paling besar dan bersinar.
boleh tak saya capai satu bintang yg paling besar dan bersinar itu?
supaya saya boleh tuliskan nama awak pada bintang itu.
boleh tak saya tuliskan nama awak pada bintang itu?
supaya nama awak sentiasa kekal berada di atas sana.
boleh tak nama awak kekal berada di atas sana?
supaya dunia tahu yang saya sentiasa mencintai awak.
boleh tak dunia tahu yang saya sentiasa mencintai awak?
supaya awak akan hargai saya kerana dunia turut tersenyum melihat kita.
*dan apabila begini saya pusingkan cerita, sesudahnya saya tulis nama awak pada bintang yg besar dan bersinar itu.
boleh tak saya turun sekarang?
sebab saya sangat rindukan awak.
supaya saya dapat berpijak di bumi.
dan dari sini saya dapat melihat bintang yg besar dan bersinar itu.
yg telahpun saya tuliskan nama awak pada bintang yg besar dan bersinar itu.
supaya dunia tahu yg saya cintakan awak.
juga awak akan hargai cinta saya.
itu harapan saya.
*dan setelah itu, ianya menjadi satu harapan besar, pada saya, ia lebih dari segalanya, izinkan saya.
boleh tak saya mahu awak di sisi saya?
sebab saya hanya mahu awak berada setiap masa yg saya perlukan awak.
supaya saya dapat melihat bintang yg besar dan bersinar itu bersama awak di sisi saya.
pada waktu malam, seperti selalu awak menemani saya.
dan pada masa itu saya dan awak akan tersenyum melihat bintang yg besar dan bersinar itu.
yg telahpun saya tuliskan nama awak pada bintang yg besar dan bersinar itu.
supaya dunia tahu yg saya cintakan awak.
juga awak akan hargai cinta saya.
itu harapan saya.
telahpun menjadi impian saya.
*dan akhirnya cerita kosong saya menjadi harapan dan seterusnya impian yg sangat ingin saya capai.
*dan semoga tuhan memanjangkan jodoh kita.
*dan semoga tuhan merahmati hubungan kita.
*dan semoga tuhan melindungi hubungan kita.
*dan semoga pengorbanan saya tak sia-sia.
*dan semoga tuhan memberi ruang di hati awak untuk mencintai dan menyayangi saya hingga akhirnya.
*dan akhirnya saya ingin jadi yg halal buat awak suatu hari nanti, amin, yarabbal alamin.
SELAMAT ULANG BULAN YANG KE-2 SAYANG!
each day i love you more,
SasyaDeannda
(mizi)
(mizi)